Click Here

Sabtu, 9 April 2011

blog ku TERGENDALA

bzzzzttttztzttztzt.........................internet support is needed for the time being. hadoi...bile dh de tenet sndri, br update. hahaha. leh o9 kt MEKDI je. ok la tu kan. haha. tp tgk rmai dh follow. tkpe2. nnt aku follow korang ye. (^_^)-|-|-<

Sabtu, 19 Mac 2011

19/03/2011

aku gi balik USM! wakakakakakka. kul 3.30pm bas bertolak!
tujuan?
tgk BATLLE OF THE BAND
results?
MEMBERANSANGKAN
huhu...seyes dak2 ni terer.adoiii..rse tercabar pun de. dem. ade sorang mamat tu gitaris dr kumpulan NAFAS. mmg super power ah. dh la menang bes guitarist utk mlm tu. solo dia...perghh....ala steve vai tu. demmit. hahahaha. blk umah perktis 80 jam lagi!! wakakkakakakakaka
tido dimana?
aaaa..smlm tido kt umah membe. dia bg tumpang umah dia. haha. sebbaik. klu tk, merempat la aku kt kampus dak2 ni. tido kt lantai ke..pape ke..haha. tp papepun, smlm, having a good time with friends..(^_^)
haa lg satu?
smlm smbut arijadi JOE. ade kek! karok smpai serak. hahaha. epi besday JOE my friend yg EXTEND blaja. wakakakakkakaka.
assalamualaikum! :p

Khamis, 17 Mac 2011

Jumaat kembali tiba

Jumaat..dlm Islam, ni lah dia penghulu segala hari. mcm2 mende akn blaku pd hari ni dlm sejarah yg mne, dh berlaku, dan yg akan berlaku. huhu. tk tau la kn pe nk jd mggu ni nye Jumaat. tp yg aku tau, sok sabtu, dak2 USM kampus kejuruteraan nk mks final Battle of The Band. jemm....rse cam nk gi jek. duit tkde lak. ahad membe lme kawen lak. kad kawen dh smpai umah. adoiii...seyes nk gi. tp kt Perak la plak kn. lg satu hal. igtkn nk gi sne nek bas je. benti kt Penang, pastu gi nek bas gi Perak lak. hahahahaha. tk tau la camne kn..tp cma menarik je plan ni. tkpe ah! mlm ni pikir camne kn. sok klu leh, aku mesti de kt USM tu. nk tgk!! ok sume. assalamualaikum! lapa dh prot. japgi smyg Jumaat lak. mkn dlu yok

Selasa, 15 Mac 2011

masalah dunia!!!!

adess......dr satu ke satu masalah melanda. intebiu dh gi. tp sijil lepasan USM tetinggal kt Brunei. wth! org tu mintk! aku tkde! wakakkakakakakakakakakakka. aku seyes nk denga org tu ckp 'ur not accepted to this company! end of story' tp tkde pon...ekekekekke. siot!!

Isnin, 14 Mac 2011

interview at SANDVIK =___________=

arini de intebiu kt Sandvik Mining and Construction Sdn. Bhd.
sebgai sales engineer..
harap sume ok dan aku dpt keje situ la. ekeke
amin....idup tk usah mengalah! yahhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Isnin, 7 Mac 2011

Hukum amik duit tepi JALAN

Ini adalah persoalan biasa..masa aku kecik2 dulu slalu je jumpa duit,,,n kawan aku cakap lepas 3 hari buleh ambik..tp betul ker?..xbetul..kawan aku sembang aku jer..sb dier pun xtau..ceh...sbbnyekn..ekekeke. sbb beberapa hari lpas, aku ngan dak2 len mse keje msk utan aritu, jumpe satu botol COKE lom bukak lg kt tgh2 jln kt utan tu. sian......org asli beli kot. tk sempat dia minum. haha. haa ni yang sebetulnya...





Soalan:
Assalamualaikum ustaz.. saya ada persoalan

1. apakah hukum mengambil duit yang dijumpai tepi jalan, tak kisah beraapa pun jumlahnya.. sebab tak silap saya, pernah saya terbaca dlm majalah agama kanak2 (tak ingat nama majalah), ada ckp kita tak boleh mengambil duit yang dijumpai kerana kadang2 itu adalah ujian dari syaitan yang nak tengok keikhlasan kita

2. apakah hukumnya sekiranya duit yang dijumpai tu, saya ambil dan masukkan ke dalam tabung2 kebajikan atau tabung masjid.

harap ustaz dpt memberi pandangan.. jazakallah 

Jawapan:

Wa`alaikumussalaam

Kepada seseorang yang percaya amanah dirinya dia boleh ambil duit yang ditemui terbiar
dia boleh memilikinya dengan syarat dia mengiklankan selama setahun. Jika dapat dikesan tuannya hendaklah harta tu diserahkan kepada tuannya. Jika selepas setahun tidak didapati tuannya bolehlah dia memiliki harta tersebut.

2.Ada ulamak yang mencadangkan harta yang tidak boleh diserahkan kepada tuannya hendaklah disedekahkan dengan niyat sedekah bagi pihak tuannya. Seolah-olah kita bertindak sebagai wakil.



Soalan (berikutnya):


Apakah tindakan kita apabila kita terjumpa barang-barang di tengah jalan atau di tempat kita tinggal dan sebagainya?


Jawapan:


Ulama’ telah memberi panduan kepada kita berdasarkan hadith-hadith Rasulillah SAW tindakan yang perlu kita lakukan. Antara perkara yang penting yang kita perlu ambil perhatian ialah kita menilai “barang “yang kita jumpa itu .

i.          Jika barang yang kita jumpa itu ,barang yang remeh dan tidak menjadi tumpuan penduduk setempat  seperti    roti ,buah-buahan ,kayu  maka orang yang menjumpainya boleh mengambil menafaat daripadanya tanpa perlu untuk mengiklankan penemuannya.Ini berdasar hadith Rasulillah SAW

لما روى جابر قال : ( رخص رسول الله صلى الله عليه وسلم في العصا والسوط والحبل يلتقطه الرجل ) رواه أبو داود .

Jabir meriwayatkan bahawa Rasulillah SAW memberi rukhsah untuk mengambil kayu rotan,tali yang dijumpai oleh seorang lelaki.

ii.         Jika barang-barang yang dijumpai itu barang-barang yang besar seperti kereta,tong sampah yang besar dan lain-lain  ataupun haiwan-haiwan yang mampu mempertahankan dirinya sendiri dan mampu mencari kehidupannya sendiri seperti lembu ,kuda dan sebagainya ,maka haram bagi orang yang menjumpainya untuk mengambilnya berdasarkan hadith nabi SAW  

( مالك ولها ؟! معها سقاؤها وحذاؤها ترد الماء ، وتأكل الشجر ، حتى يجدها ربها ) متفق عليه ،

Biarkanlah ia ! apa pula urusan kamu .Ia mampu mencari air sendiri an mencari makan sendiri sehingga ia bertemu dengan tuannya.

وقال عمر : ( من أخذ الضالة فهو ضال )

Barangsiapa yang mengambil haiwan yang sesat ssunggunya ia telah bersalah .

iii.        Jika barang yan ditemui itu berupa barang-barang yang tidak remeh di mata masyarakat setempat dan tidak pula barang-barang yang besar seperti kategori di atas maka ada tiga keadaan :-

a)         Jika ia termasuk haiwan yang boleh dimakan seperti ayam dan lain-lain ,orang yang menemuinya hendaklah menimbang langkah yang paling menguntungkan empunya haiwan itu samada

   1. Memakan dengan berhutang  kos nya apabila empunya nya ditemui.
   2. Menjual dan simpan wang jualannya untuk diserahkan kepada empunyanya selepas disimpan rekod spesifikasi barang tersebut
   3. Menjaga barang berkenaan termasuk menanggung kos jagaan (jika ada) tanpa memiliki haiwan  berkenaan ,apabila empunya menuntut semula , kos penjagaan itu dituntut semula daripadanya.

( خذها ، فإنما هي لك أو لأخيك أو للذئب ) متفق عليه

Bermaksud :Ambillah kerana haiwan itusamada untuk kamu , atau saudara kamu ataupun untuk serigala.

b)         Barang-barang yang mudah rosak dan tidak tahan lama seperti buah-buahan ,langkah yang perlu diambil seperti langkah-langkah di atas.

c)         Barang-barang yang ditemui itu tidak termasuk kategori barang a dan b di atas , hendaklah diambil atas dasar sebagai menyimpan amanah orang lain dan hendaklah dihebahkan di tempat ramai manusia .Berdasarkan hadith :

حديث زيد بن خالد الجهني رضي الله عنه ، قال : سئل النبي صلى الله عليه وسلم عن لقطة الذهب والورق ؟ فقال : ( اعرف وكاءها وعفاصها ، ثم عرفها سنة ، فإن لم تعرف ، فاستنفقها ، ولتكن وديعة عندك ، فإن جاء طالبها يوماً من الدهر ، فادفعها إليه ) ، وسأله عن الشاة ؟ فقال : ( خذها ، فإنما هي لك أو لأخيك أو للذئب )، وسئل عن ضالة الإبل ، فقال : ( مالك ولها ؟! معها سقاؤها وحذاؤها ترد الماء ، وتأكل الشجر ، حتى يجدها ربها ) متفق عليه

Berdasar hadith di atas langkah berikut perlu diambil

1.Rekodkan spesifikasinya

2.Hebahkan selama setahun .Ulama member panduan pada minggu-minggu awal dihebahkan setiap hari dan pada minggu-minggu berikutnya dihebahkan mengikut kesesuaian.Tujuan utamanya adalah untuk mencari empunyanya Maka paza zaman ini bolehlah gunakan teknologi yang ada untuk mencapai maksud berkenaan.

3.Jika cukup setahun empunyanya tidak menuntut , maka bolehlah dimiliki atau dijual tetapi hasilnya itu berstatus wadi’ah pada jagaan orang yang menemuinya .

4.Jika empunyanya menuntut pula selepas itu maka hendaklah diberikan selepas kita berpuas hati terhadap padanan antara spesifikasi barang berkenaan dengan maklumat yang diberi oleh empunyanya.

والله اعلم

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Ustaz Zamri Hashim
Sekretariat MUIS

Ahad, 27 Februari 2011

ASB @ Amanah Saham Bumiputra??

br2 ni aku de la borak2 ngan membe psal mende ni. psal saham2 la kn. temasuklah psal ASB ni. haaa...bile nk kate psal melabur2 ni, mmg ade yg baik dan ade yg tk baik. sebagai contohnye, kebanyakan pelaburan2 yg dilakukan byk bercanggah dr hukum islam iaitu ia mengamalkan sistem RIBA'. sebagaimana rmai yg tidak tahu, RIBA merupakan dosa yg darjatnya lebih dr melakukan zina dengan iba bapa! haa....ni yg maleh aku nk cite ni. ekekekke. sensetip woo..tp, leh dikatekan lebih dr 70% rakyat Malaysia mengamalkan simpanan melalui ASB. aku pun tk bape arif psal mende ni. haha. sbb aku tkde. tp, aku ade ragu2 skit psal mende ni. dan pade sesiapa yg ragu2 lg psal ASB ni, mai bce ni. PENTING wooo.....


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.
Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah satu jenis saham amanah yang bertujuan untuk membantu kaum Bumiputra meningkatkan ekuiti mereka dalam kekayaan negara. Caranya ialah dengan mengumpulkan dana dari kaumbumiputra untuk dilaburkan dalam syarikat-syarikat yang menguntungkan. Malah berbagai inisiatif telah dilakukan bagi menjadikan pelaburan berkenaan sangat menguntungkan, termasuk dengan menggunakan hak istemewa kaum bumiputra sebagaimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Sebagaimana maklum, pegangan kaum bumiputra dalam kekayaan negara berada pada paras yang sangat rendah berbanding dengan sesetengah kaum di negara ini. Antara sebabnya ialah kedudukan ekonomi kaum Bumiputra telah diabaikan begitu lama sekali oleh kaum penjajah, sementara beberapa pihak lain mendapat peluang yang jauh lebih baik berasaskan polisi penjajahan yang begitu lama sekali diamalkan dalam Negara ini.
Sehingga hari kemerdekaan,ekuiti kaum Bumiputra dalam kekayaan Negara boleh dikatakan sebagai kosong peratus. Bagi mengatasi keadaan yang sangat tidak adil ini kerajaan telah menetapkan pencapaian 30% bagi kaum bumiputra melalui Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan di Negara ini. Salah satu daripada program yang dilaksanakan bagi memenuhi agenda Dasar Ekonomi Baru berkenaan ialah skim amanah untuk Bumiputra yang dinamakan ASB ini.
Sejak mula ia dilancarkan, skim amanah ini telah memainkan paranan yang berkesan, di samping berbagai skim lain lagi dalam mempertingkatkan pegangan ekuiti kaum Bumiputra di Negara ini. Walaupun matlamat 30% belum dicapai sehingga Daras Ekonomi Baru sudah tamat tempohnya namun kaum Bumiputra di Negara ini boleh dikatakan sudah mempunyai tapak untuk berpijak dalam ekonomi Negara. Sehingga pada suatu peringkat matlamat itu hampir dapat dicapai dengan sepenuhnya.
Malangnya kekalutan ekonomi dunia pada akhir tahun sembilan-puluhan telah meninggalkan kesan buruk kepada pegangan ekuiti kaum bumiputra di Negara ini. Malaysia sendiri sebagai sebuah Negara mengalami kesan negatif yang parah daripada kemelut yang datang secara mendadak itu. Namun kesan buruk itu dapat diatasi dengan jayanya. Lain ceritanya tentang kaum Bumiputra. Sudahlah matlamat 30% belum tercapai, apa yang sudah dicapai pun tidak dapat dipertahankan. Sebelum ekonomi dunia merudum kaum Bumiputra di Negara ini boleh dikatakan telah mencapai lebih 20% dari keseluruhan kekayaan Negara. Malangnya angka tersebut telah menjadi kurang daripada 20% selepas krisis berkenaan. Sampai kehari ini ternampak sukar sekali angka tersebut untuk ditingkatkan. Salah satu daripada sebabnya ialah sikap negatif kaum Bumiputra sendiri dalam hal ekonomi dan kewangan.
Menyedari pentingnya pencapaian matlamat 30% ekuiti Negara oleh kaum Bumiputra ini, bukan sahaja untuk mereka tetapi juga untuk kestabilan Negara, kerajaan telah menegaskan semula untuk mencapai angka tersebut melalui berbagai cara dalam tempoh pelaksanaan wawasan 2020. Antara acara tersebut ialah melanjutkan program-program amanah seperti ASB ini.
Permasalahan
Walau bagaimana pun, pelaksanaan skim amanah ASB ini dengan segala cara dan objektif yang ada menghadapi berbagai rintangantermasuk daripada kaum Bumiputra sendiri. Antara rintangan tersebut ialah persoalan tentang hukum menyertainya dalam Islam. Ada terdapat dikalangan umat Islam di Negara ini yang meragui kehalalannya dari segi Syarak memandangkan keterlibatan skim amanah tersebut dengan pelaburan di beberapa kaunter haram, misalnya yang melibatkan penjualan arak, perjudiaan, pengambilan riba dan sebagainya.
Sebagaimana maklum, skim ASB ini terbentuk berasaskan kepada dasar perkongsian keuntungan, iaitu suatu alternatif yangmemberi jaminan halal berbanding kaedah konvensional yang berasaskan kepada peratus tetap keuntungan. Mengikut hukum Syarak, kaedah peratus tetap boleh melibatkan riba yang diharamkan oleh Islam. Sedangkan kaedah perkongsian untung tidak melibatkan hal seperti itu. Oleh yang demikian status halal bagi skim ini, dari perspektif ini tidak berbangkit. Malah inilah kaedah yang sentiasa digunakan oleh skim-skim yang berlabelkan Islam dalam Negara ini, juga di Negara-negara Islam yang lain, seperti perbankan Islam dan sebagai nya.
Apa yang menjadi persoalan, sepertimana yang telah disebut di atas ialah penyertaan ASB dalam pelaburan di beberapa kaunter haram. Mengikut pendapat sesetengah umat Islam di Negara ini penyertaan yang tidak sepatutnya itu telah menjadikan skim yang berasaskan kepada kaedah halal berkenaan menjadi haram.
Antara alasan yang diberikan ialah adanya percampuran antara yang halal dan yang tidakhalal dalam skim itu. Kaedah yang digunakan ialah “ ??? ????? ??? ?????? ??????? ???? ??????“ yang bermaksud “apabila berlaku percampuran antara yang halal dan yang haram maka yang haram akan diutamakan (dalam menentukan hukum). Dengan kata lain, sesuatu yang halal itu akan dengan sendirinya menjadi haram apabila bercampur dengan sesuatu yang haram.
Antara contoh yang diberikan sebagai aplikasi kepada kaedah tersebut ialah apabila sekawah gulai dimasuki oleh sedikit tahi ayam maka gulai yang sekawah itu walaupun banyak akan menjadi najis kerana tahi ayam yang sedikit itu. Bandingannya samalah dengan pelaburan ASB di kaunter-kaunter haram. Walaupun nisbahnya sangat sedikit tetapi ia boleh menjadikan nisbah pelaburan di kaunter halal yang merupakan majoriti besar dalam skim berkenaan menjadi haram.
Kekeliruan
Walau bagaimana pun pandangan tersebut tidak berasaskan kepada metod penentuan hukum yang sebenar sepertimana yang terdapatdalam pengajian hukum Islam. Ia lebih berasaskan kepada sikap umum Syariat Islam yang sangat tidak suka kepada perkara haram. Sikap umum ini merupakansuatu prinsip yang sangat baik. Kerana ia menggambarkan idealisme Islam itu sendiri yang unggul. Bagaimanapun dalam merialisasikan idealisme ini dalam kehidupan sebenar, dalam Islam sendiri terdapat berbagai kaedah dan cara untuk menjadikan aplikasi tersebut benar-benar rasional dan praktikal. Dengan kata lain, pandangan di atas adalah benar sebagai suatu idealisme yang tinggi tetapi sebaliknya bila dilihat dari sudut praktikal yang sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam.
Secara ringkasnya, hubungan anatara ASB sebagai satu skim amanah pelaburan dan para pelabur sebagai peserta dalam skim tersebut adalah bersifat hubungan antara dua pihak yang bermuamalah dalam suatu kontrak yang halal, iaitu pelaburan berasaskan perkongsian untung. Dalam hubungan ini ASB adalah satu badan halal yang berniaga berasaskan kaedah yang halal. Iabukan suatu badan tidak halal, seperti kilang arak atau kedai judi yang tabiat kerjanya sendiri haram.
Bandingannya samalah dengan penyertaan seseorang dalam skim perkhidmatan awam di Negara ini. Asasnya ialah memberi khidmat berasaskan upah, iaitu satu kontrak yang jelas halal. Dalam hubungan ini, kerajaan sebagai majikan merupakan badan halal. Kerana ia menawarkan khidmat kepadamasyarakat secara halal. Ia bukan badan tidak halal seperti gerakan bawah tanah yang menjalankan kerja-kerja yang haram.
Apabila ASB melabur dalam beberapa kaunter haram sifatnya sebagai badan halal tidak boleh bertukar dengan begitu sahaja. Seorang muslim yang menerima akidah dan kehidupan Islam secara umum tidak akan bertukarmenjadi kafir apabila melakukan sedikit sebanyak maksiat yang tidak menukarkan identitinya daripada seorang muslim kepada bukan muslim. Cuma orang itu berdosa dan perlu bartaubat. Urusan muslim lain dengannya tetap sah di sisi Syarak. Isteri atau suaminya tidak tertalak dengan kerana itu. Kalau bapanya mati dia masih tetap boleh menerima pusaka dan banyak lagi contoh yang boleh difahami secara mudah.
Samalah juga denga kerajaan yang mengambil cukai arak, cukai pelacuran dan sebagainya. Ia tetap kerajaan yang sah dan halal di sisi Islam. Perbuatannya itu adalah dosa untuknya sahaja dan tidak menjadikan kerajaan berkenaan sebagai badan tidak halal dari segi Syarak. Semua pegawai kerajaan tidak boleh bertukar menjadi orang yang makan harta haram kerana perbuatan kerajaan seperti itu, apalagi perlu meletakkan jawatan masing-masing.
Satu aplikasi mudah bagi prinsip percampuran antara yang halal dengan yang haram ini boleh dilihat kepada banyak contoh prinsip Istihalah dalam hukum Islam. Antaranya ialah air musta’mal menjadi mutlaq apabila bercampur dengan air mutlaq yang lebih dua Qullah. Ucap Salam assalamu alaikum kepada khalayak yang bercampur antara orang Islam dan bukan Islam dibolehkan, bangkai dalam air mutlaq yang banyak tidak boleh menjadikan air itu najis selagi ia tidak mengubah warna, rasa atau baunya, lalat mati dalam secawan teh tidak boleh menjadikan teh itu najis dan banyak lagi contoh- contoh yang sangat mudah difahami.
Malah kalau kita bijak menganalisis Maqasid al-Syariah dalam hukum Islam dan kedudukan ASB sebagai salah satu cara untuk menjamin survival umat Islam di Negara ini tentu sekali kita merasa tidak bijak untuk mengatakan ASB itu haram. Cuma ulasannya sangat panjang dan perlukan kepada kefahaman asas dalam teori hukum Islam untuk memahaminya.
maceh.... (^_^)